Harini nak cerita kisah evolusi kenderaan kami dari mula kenal my husband sampai sekarang.
Mula-mula kenal dulu zaman sekolah, so kenderaan pertama kami ialah basikal… basikal adik dia sebab basikal dia BMX ada satu seat ajer. So kalau gi dating, basikal adik dia kena rembat. Hahaha…
Dalam seronok naik basikal ni ada cabaran jugak, paling takut kalau terserempak dengan orang-orang yang kita kenal. Paling seram takut mak bapak or cikgu nampak. Memang akan mengelabah babe. Hahaha…pernah sekali kantoi masa naik basikal lepas dating, lalu depan rumah dia, sekali parents dia keluar rumah nak gi kebun. Gelabah tak ingat punyer. Nasib baik ayah dia tak berenti, kalau tak mau stop kejap jantung…hahahaha.
Kenderaan kedua ialah kapcai. Masa tu dia dah belajat kt Politeknik kat Port Dickson so ayah dia belikan kapcai. Puas jugaklah round-round Seremban and Port Dickson naik kapcai tu.
Lepas dia dah habis belajar, dapat kerja kat Samsung, ayah dia bagi kancil second hand pulak. Masa ni dalam tahun 2000 kot. Itulah kereta pertama kita orang. Masa ni dah kerja so dah bolehlah maintain kereta.
Tahun 2002, kerja dah stable, upgrade ke Prototon Wira baru. Ni kerete baru first yang kita orang beli. Bangga dia masa tu lain macam…hahaha… lama jugak pakai wira ni. Sampai tahun 2007.
Tahun 2007 anak dah 3, masa tu ada pembantu rumah jugak. So Wira dah tak muat. Total orang dah 7 orang nak isi car seat lagi, so kami tukar Toyota Avanza pulak. Puas hati, boleh angkut semua. Lagi-lagi time balik kampung, macam boleh bawak balik satu rumah. Giler spacious. Masa ni jugak kami beli motor. I bawak Avanza, husband bawak motor pergi kerja sebab masa ni anak yang sulung dah masuk tadika. Husband pulak kena masuk office awal, kalau nak tunggu lepas hantar anak pergi sekolah memang tak sempatlah dia nak masuk office on time. So terpaksalah beli kenderaan kedua.
Selepas keadaan dah lebih stabil, kami tukar pulak Avanza ke Honda Odyssey second hand sebab anak-anak dah semakin besar dan dah tak perlu car seat. Pembantu pun dah takde masa ni, so just nice for the 6 of us. Masa ni we bought second hand viva jugak sebab husband dah sakit pinggan ulang-alik naik motor. Viva tu sampai sekarang kami masih guna lagi.
Tahun 2020, Honda sudah banyak buat hal. Yelah kereta tu pun dah lebih 10 tahun sejak mula dikeluarkan. Sekali rosak tinggi jugak na repair. Lepas dah buat calculation, lebih jimat beli kereta bari dari dok repair kerosakan. So we decided untuk tukar ke Wolkwagen Tiguan. First time beli kereta Europe. So far, amat puas hati, cuma bonet agak kecik kalau nak banding dengan Honda but still very comfortable. Harini cukup setahun kami guna kereta ni. So far so good. Samada akan tukar lagi kenderaan lepas ni atau tak, kena tunggu & lihat lah.