Raya 2022 is Hurry Raya….

Raya tahun 2022 pastinya raya yang akan dikenang sampai bila-bila. Mana taknya, terkejut-terkejut memasing bila diumumkan raya jatuh pada Isnin 2 May 2022. Semua orang expect raya 3 May 2022.

I pun confident raya 3hb sebab dah check calendar kuda siap-siap masa mula-mula puasa. Tetiba…1 May, 8.30 malam announced esok raya. Mengelabah tonggek semua….hahahaha

Masa tu I baru lepas mandi, pergi kat luar rumah ingat nak lepak-lepak. Belum sempat duduk, my husband cakap esok raya…ingatkan dia melawak, rupanya anak-anak & anak-anak buah kat dalam rumah pun dah kecoh… aduh…apa lagi terus kerah semua orang masuk dapur start memasak apa-apa yang cukup bahan. Tengok-tengok cuma bahan-bahan nak masak rendang ayam jer yang cukup. Ketupat semua takde lagi….mengelabah adik ipar I pegi kedai beli ketupat & apa-apa barang yang ada untuk masak esok.

Ni jer gambar yang sempat ambik

Actually dah tempah nasi dagang, tapi call tukang masak tak angkat pulak. Mak mentua I suruh beli bihun jer standby kalau nasi dagang takde. Pukul 10 malam, dapat call tukang masak nasi dagang kata dia boleh deliever order sebab dia dah beli barang siap-siap. Fuhhh…lega. Gambar makanan raya semua tk sempat ambik.

Bila kenang balik memang kelakar, banyak juga memes yang kawan-kawan share kat Whatsapp. Cuma yang peliknya yang tukang buat meme ni sempat pulak buat yea, tak masak ke derang ni? Hmmmmm….

Antara meme yang ramai forward kat whatsapp
Sumber FB Public Health Malaysia

Bukan individu sahaja yang buat meme hurry raya, sektor korporat pun jump into the band wagon… lawak dan kreatif betul orang Malaysia ni.

Sumber dari FB TGV Cinemas
Sumber Whatsapp
Sunber Whatsapp
Sumber Whatsapp

So pengajaran buat kita semua, sediakanlah apa yang patut awal-awal supaya tak kalut bila tiba-tiba hari raya…hahahaha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *